10 October 2010

Lawatan Penanda Aras ke Sk Datin Khadijah

Satu lawatan telah diadakan ke SK Datin Khadijah.




Di hadapan pintu masuk SK Datin Khadijah


Ketika baru mula-mula sampai


Ucapan dari Guru Besar SK Batu Pekaka dan pembentangan slaid SK Datin Khadijah


Pemberian cenderahati


Bergambar bersama kakitangan dan Guru Besar SK Datin Khadijah


Cikgu Dali mencuba membuat labu sayong



Bergambar kenang-kenangan di tempat membuat labu sayong

09 October 2010

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2010

Jamuan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2010 diadakan pada 25 September 2010, pada hari Sabtu yang lalu. Jamuan ini bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tgh. Majlis jamuan kali ini diadakan di perkarangan sekolah.

Bermula seawal pukul 7.45 pagi sehingga pukul 9.00 pagi, semua murid dan guru berkumpul di dewan untuk Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2010. Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Guru Besar, En Ahmad Azmi bin Yahaya. Seterusnya pemberian hadiah kepada pemenang pertandingan sempena kemerdekaan yang lalu.

Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan persembahan murid-murid sempena Jamuan Hari Raya Aidilfitri. Pada jam 10 pagi, guru dan murid-murid bagi setiap kelas membuat persiapan kiosk/gerai jamuan yang diadakan di tempat letak kereta guru. Setiap kiosk dipenuhi dengan juadah hari raya dan kuih muih yang dibawa dari rumah. Kiosk ini diadakan bagi menggarap budaya rumah terbuka dikalangan warga sekolah.








21 September 2010

Semoga Berjaya

Semoga berjaya!!!
Khas buat pelajar-pelajar tahun enam yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)bermula hari ini 21 September 2010 sehingga 23 September 2010.

Doa dan restu semua guru-guru sentiasa bersama kamu...amin

06 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Seluruh warga Sk Batu Pekaka mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" kepada semua umat Islam di mana jua anda berada terutamnya pada semua bekas murid, bekas guru dan kakitangan sokongan yang pernah bersama2 di SKBP.

Maaf Zahir & Batin.

Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan

Pada 2 September 2010, hari Khamis, SKBP telah mengadakan majlis penutupan Ihya' Ramadhan bertempat di dewan sekolah. Majlis ini berlangsung pada pukul 10.45 pagi iaitu selepas rehat tahap 2.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Suhaimi. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Penolong Kanan 1, En. Yusuf bin Taib. Seterusnya majlis diserikan lagi dengan persembahan nasyid dari pelajar perempuan Tahun 5 Nilam.

Kemuncak majlis ini adalah penyampaian hadiah bagi para pemenang pertandingan yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ini antaranya pertandingan hafazan, kuiz, teka silang kata, azan dan ejaan jawi. Hadiah disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Penolong Kanan 1 dan Penolong Kanan Ko-kurikulum. Tuan Guru Besar juga dengan berbesar hati menyampaikan baju raya kepada murid-murid yang layak. Majlis juga dimeriahkan lagi dengan adanya cabutan bertuah untuk para pelajar.

Majlis berakhir pada jam 12 tengahari dengan budaya tutup sekolah.


Penolong Kanan Ko-kurikulum memberikan hadiah kepada pemenang pertandingan


Persembahan Nasyid dari pelajar perempuan Tahun 5 Nilam


Tuan Guru Besar menyanpaikan baju raya kepada pelajar

01 September 2010

Program Sambutan Bulan Kemerdekaan

30 Ogos 2010 yang lalu, SKBP telah mengadakan Program Sambutan Hari Kemerdekaan. Tema pada tahun ini "Satu Malaysia Menjana Transformasi"

Pada waktu pagi, majlis diadakan di tapak perhimpunan dengan bacaan perutusan kemerdekaan, ceramah kemerdekaan oleh Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Saad, nyanyian lagu-lagu patriotik dan laungan kemerdekaan oleh Tn. Md. Fairuz.

Pada jam 11 pagi, majlis diteruskan bertempat di dewan sekolah. Tayangan video kemerdekaan disajikan buat anak-anak SKBP. Seterusnya majlis diserikan lagi dengan pertandingan mewarna dan melukis poster serta persembahan nyanyian lagu patriotik dari setiap kelas.



Laungan Kemerdekaan Penuh bersemangat


Tayangan video kemerdekaan di dalam dewan









Persembahan Nyanyian Lagu Patriotik Dari Anak-anak SKBP

15 August 2010

Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan 2010



Tarikh 10 Ogos 2010, Hari Selasa Bertempat di Dewan Mesra, SK Batu Pekaka, telah berlangsungnya majlis pelancaran Ihya' Ramadhan. Program ini dirancang bagi mengimarahkan lagi Bulan Ramadhan khususnya kepada semua pelajar dan guru yang beragama Islam. Di samping itu, program ini juga mampu mengisi masa lapang pelajar-pelajar di waktu rehat kerana program ini bermula pada pukul 11.15 pagi.

Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid supaya mereka dapat menghayati Bulan Ramadhan, mengukuhkan ilmu agama melalui praktikal dan memberi peluang kepada murid-murid mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan.

Antara acara-acara yang akan dipertandingkan adalah hafazan, kuiz, teka silang kata, pertandingan azan dan ejaan jawi. Majlis hari itu diserikan lagi dengan ceramah khas oleh Ustaz Amri bin Haji Nasrul. Majlis berakhir pada jam 12.45 tengahari.

04 August 2010

Majlis Perpisahan Pn. Khalipah Mastura


Buat Cikgu Khalipah Mastura, jasamu sentiasa terpahat di hati kami....Ingatan kami selalu bersama-sama cikgu.

Beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi dan seorang guru yang sangat disayangi. Terima kasih atas segala keringat dan usaha yang telah ditabur untuk anak-anak SK Batu Pekaka selama 6 tahun ini. Kini beliau telah bertukar ke Kolej Matrikulasi Pendang.Doa dan restu seluruh warga SKBP sentiasa bersama-sama dengan beliau.


Terima Kasih Cikgu!!

Program Peningkatan UPSR 2010



Pada 19, 20 dan 21 Julai 2010 bersamaan dengan hari Isnin, Selasa dan Rabu bertempat di Sek. Keb. Batu Pekaka, sebuah program telah diadakan. Program ini anjuran Majlis Guru Besar Zon Kuala Ketil dengan kerjasama Majlis Penolong Kanan 1.

Peserta-peserta program ini terdiri daripada murid-murid tahun 6 yang GALUS dan berpotensi untuk lulus. Mata pelajaran yang terlibat adalah Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.



Program peningkatan UPSR2010 sekolah-sekolah zon Kuala Ketil ini diadakan di 2 buah sekolah iaitu SK Kuala Ketil dan SK Batu Pekaka. Antara sekolah-sekolah yang menghadiri program di SK Batu Pekaka adalah SK Teloi Kanan, SK Mohd Arif Abdullah, SK Seri Jemerli, SK Kg. Selarong, SK Tembak dan SK Batu Pekaka. Seramai 81 orang murid telah menyertai program yang diadakan di Dewan Mesra, SK Batu Pekaka ini.

Pada hari pertama program ini iaitu hari Isnin, matapelajaran yang dipelajari adalah Sains, manakala hari Selasa matapelajaran Matematik dan hari Rabu matapelajaran Bahasa Inggeris.

20 July 2010

Program Titian Jaya

Pada 27 Jun 2010 hari Ahad, pihak sekolah telah mengadakan satu program yang dinamakan Program Titian Jaya. Program ini dibahagikan kepada 3 sesi iaitu sesi pertama Majlis Penyampaian Hadiah, sesi kedua pula Ceramah Motivasi Waris Tahun 6 Bersama Pelajar dan sesi yang terakhir Majlis Menandatangani Buku Rekod Pelajar.

Majlis Penyampaian Hadiah bermula pada pukul 7.45 pagi sehingga 8.45 pagi. Hadiah- hadiah disampaikan oleh barisan Penolong Kanan Sekolah dan Guru Besar kepada para pelajar yang lulus cemerlang dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun yang telah diadakan baru-baru ini. Selain itu, pelajar-pelajar tahun 6 yang berjaya mendapat A turut menerima Hadiah Ransangan daripada pihak sekolah.Murid-murid tahun 6 menerima hadiah ini berdasarkan bilangan A yang diperoleh.



Program Titian Jaya ini diteruskan lagi dengan sesi kedua iaitu Ceramah Motivasi untuk waris bersama pelajar tahun 6. Ceramah ini diadakan di Dewan Mesra, SK Batu Pekaka. Ceramah telah disampaikan oleh Kaunselor dari Kolej Komuniti Sg. Petani, En. Zaidi bin Haji Fadzil. Majlis ini bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Sesi terakhir pula diadakan Majlis Menandatangani Buku Rekod Pelajar. Majlis ini berlangsung di kelas masing-masing. Majlis bermula pada jam 11.00 pagi dan berakir pada jam 12.00 tengahari.

24 May 2010

Pertukaran Guru Besar



Tanggal 20 Mei 2010 merupakan hari terakhir bagi En. Zulkiflee b Ahmad sebagai guru besar di Sek. Keb Batu Pekaka. Selama beliau berada di sekolah ini, seluruh warga sekolah berasa amat selesa dengan kepimpinan dan kreadibiliti beliau.

En. Zulkiflee bin Ahmad telah bertukar ke sekolah lain, namun di hati seluruh warga sekolah segala nasihat dan tunjuk ajar cikgu sentiasa terpahat dalam ingatan. Terima kasih buat Cikgu Zulkiflee kerana sudi mengembleng tenaga bersama-sama guru-guru, staf dan murid-murid SK Batu Pekaka ini. Kami akan merindui nasihat dan tazkirah cikgu.

Sempena dengan pertukaran beliau, warga SK Batu Pekaka telah menganjurkan sebuah majlis perpisahan yang bertempat di dewan sekolah bermula pada pukul 12. semoga kami sentiasa berada dalam ingatan cikgu.

22 May 2010

Sambutan Hari Guru

16 Mei bagi setiap tahun merupakan hari yang amat bermakna buat insan yang bergelar guru. arikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu ketika itu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. Tema guru pada tahun ini adalah “Guru Pembina Negara Bangsa”.

Warga SK Batu Pekaka menyambut hari guru dengan begitu meriah sekali. Bermula dengan aktiviti perhimpunan pagi, guru besar telah membacakan perutusan disusuli dengan lafaz ikrar semua guru.Aktiviti diteruskan lagi dengan acara permainan pasukan guru melawan pasukan pelajar dalam dua acara iaitu bola sepak dan bola jaring. Tahniah buat pasukan guru kerana mengungguli kedua2-dua permainan. Bagi acara bola sepak, pasukan guru menang dengan mata sebanyak 3-2. Manakala bagi acara bola jaring pula, pasukan guru meninggalkan pasukan pelajar jauh ke belakang dengan mata sebanyak 12-0.

Setelah itu, aktiviti sambutan hari guru diteruskan lagi dengan nyanyian lagu "Guru Malaysia" dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Para pelajar juga tidak ketinggallan dalam membuat beberapa persembahan yang dapat mencuit dan menyentuh hati para guru.





Aktiviti Merentas Desa & Big Walk





Pada 24 April 2010, sekolah telah mengadakan aktiviti Merentas Desa. Aktiviti ini diadakan bermula pada pukul 8 pagi. Semua pelajar dari tahun satu sehingga tahun enam, disertai dengan pelajar Pendidikan Khas dan pelajar pra sekolah terlibat dalam menjayakan aktiviti merentas desa ini.

Acara perlepasan disempurnakan oleh Penolong Kanan 1, En. Yusof Taib. Para pelajar dilepaskan dihadapan pintu pagar sekolah. Aktiviti merentas desa ini terbahagi kepada dua kategori iaitu tahap satu dan tahap dua. Upacara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Guru Besar Sek. Keb. Batu Pekaka, En. Zulkiflee b Ahmad. Tahniah buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti merentas desa peringkat sekolah bagi tahun 2010 ini.

19 May 2010

Kejohanan Olahraga




Pada 14 April 2010 hari Rabu, sekolah telah mengadakan hari kejohanan olahraga kali ke 33. Kejohanan bermula pada waktu pagi dan berakhir pada waktu petang. Kejohanan ini dirasmikan oleh Yang DiPertua PIBG En. Ismail Darus.

Pasukan dari rumah kuning atau Temenggung menjuarai kejohanan tahun ini dengan pungutan mata sebanyak 241 meninggalkan pasukan lain jauh ke belakang. Tempat kedua dimenangi oleh pasukan dari rumah biru atau Laksamana dengan pungutan mata sebanyak 213.Tempat ketiga pula disandang oleh rumah hijau atau Shahbandar dengan memperoleh mata sebanyak 207. Tempat yang terakhir adalah rumah merah atau Bendahara dengan mata pungutan sebanyak 193. Tahniah pada pasukan yang berjaya. Bagi yang tidak berjaya, jangan putus asa. Cuba dengan lebih gigih lagi tahun hadapan.

Olahragawan sekolah disandang oleh Muhammad Nazarul Ekmal b. Saidon dengan memperoleh 3 emas dan 1 perak. Manakala olahragawati sekolah pula dimenangi oleh Nor Syafiqah Hidayah Maulad Osman dengan memperoleh 3 emas. Segulung tahniah buat mereka yang berjaya. Kejohanan kali ini bertambah meriah dengan kehadian para waris dan orang ramai.

Olahragawan sekolah: Muhammad Nazarul Ekmal b. Saidon

Olahragawati sekolah: Nor Syafiqah Hidayah Maulad Osman

09 March 2010

Ceramah Keselamatan Jalan Raya



Pada 7 Mac 2010, pihak sekolah dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia telah mengadakan satu ceramah yang bertempat di tapak perhimpunan sekolah. Ceramah ini berkisar tentang keselamatan jalan raya dan persekitaran.

Ceramah ini diadakan pada waktu perhimpunan pagi hari ahad. Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu Konstabel Zaibidah bt Akim dari Balai Polis Kuala Ketil memberi ceramah kepada para pelajar. Diharap dengan aktiviti seperti ini, murid-murid sekolah lebih peka dalam menjaga keselamatan terutamanya ketika pergi dan balik dari sekolah.

Selamat Datang Ke Blog SKBP

Salam 1 Malaysia,

Seiring dengan kemajuan teknologi masa kini, Sk Batu Pekaka kini mengambil satu langkah maju ke hadapan dengan membina blog sekolah. Dengan terbinanya blog ini, maka diharap agar kita sama-sama dapat mengeratkan sillaturrahim yang terjalin samada dikalangan kakitangan dan guru sekolah ini mahupun diantara ibu bapa dan pihak sekolah. Selain itu, pihak pentadbian juga mengharapkan agar blog ini digunakan dengan sebaik mungkin dan mampu memudahkan segala kesulitan yang timbul.

Segala aktiviti yang dijalankan di sekolah akan dipaparkan di dalam blog ini. Akhir kata, kami dari pihak pentadbiran memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan di dalam blog ini.

Header 468x60 Ads

Header 468x60 Ads