15 August 2010

Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan 2010



Tarikh 10 Ogos 2010, Hari Selasa Bertempat di Dewan Mesra, SK Batu Pekaka, telah berlangsungnya majlis pelancaran Ihya' Ramadhan. Program ini dirancang bagi mengimarahkan lagi Bulan Ramadhan khususnya kepada semua pelajar dan guru yang beragama Islam. Di samping itu, program ini juga mampu mengisi masa lapang pelajar-pelajar di waktu rehat kerana program ini bermula pada pukul 11.15 pagi.

Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid supaya mereka dapat menghayati Bulan Ramadhan, mengukuhkan ilmu agama melalui praktikal dan memberi peluang kepada murid-murid mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan.

Antara acara-acara yang akan dipertandingkan adalah hafazan, kuiz, teka silang kata, pertandingan azan dan ejaan jawi. Majlis hari itu diserikan lagi dengan ceramah khas oleh Ustaz Amri bin Haji Nasrul. Majlis berakhir pada jam 12.45 tengahari.

04 August 2010

Majlis Perpisahan Pn. Khalipah Mastura


Buat Cikgu Khalipah Mastura, jasamu sentiasa terpahat di hati kami....Ingatan kami selalu bersama-sama cikgu.

Beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi dan seorang guru yang sangat disayangi. Terima kasih atas segala keringat dan usaha yang telah ditabur untuk anak-anak SK Batu Pekaka selama 6 tahun ini. Kini beliau telah bertukar ke Kolej Matrikulasi Pendang.Doa dan restu seluruh warga SKBP sentiasa bersama-sama dengan beliau.


Terima Kasih Cikgu!!

Program Peningkatan UPSR 2010



Pada 19, 20 dan 21 Julai 2010 bersamaan dengan hari Isnin, Selasa dan Rabu bertempat di Sek. Keb. Batu Pekaka, sebuah program telah diadakan. Program ini anjuran Majlis Guru Besar Zon Kuala Ketil dengan kerjasama Majlis Penolong Kanan 1.

Peserta-peserta program ini terdiri daripada murid-murid tahun 6 yang GALUS dan berpotensi untuk lulus. Mata pelajaran yang terlibat adalah Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.



Program peningkatan UPSR2010 sekolah-sekolah zon Kuala Ketil ini diadakan di 2 buah sekolah iaitu SK Kuala Ketil dan SK Batu Pekaka. Antara sekolah-sekolah yang menghadiri program di SK Batu Pekaka adalah SK Teloi Kanan, SK Mohd Arif Abdullah, SK Seri Jemerli, SK Kg. Selarong, SK Tembak dan SK Batu Pekaka. Seramai 81 orang murid telah menyertai program yang diadakan di Dewan Mesra, SK Batu Pekaka ini.

Pada hari pertama program ini iaitu hari Isnin, matapelajaran yang dipelajari adalah Sains, manakala hari Selasa matapelajaran Matematik dan hari Rabu matapelajaran Bahasa Inggeris.

Header 468x60 Ads

Header 468x60 Ads