21 September 2010

Semoga Berjaya

Semoga berjaya!!!
Khas buat pelajar-pelajar tahun enam yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)bermula hari ini 21 September 2010 sehingga 23 September 2010.

Doa dan restu semua guru-guru sentiasa bersama kamu...amin

06 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Seluruh warga Sk Batu Pekaka mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" kepada semua umat Islam di mana jua anda berada terutamnya pada semua bekas murid, bekas guru dan kakitangan sokongan yang pernah bersama2 di SKBP.

Maaf Zahir & Batin.

Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan

Pada 2 September 2010, hari Khamis, SKBP telah mengadakan majlis penutupan Ihya' Ramadhan bertempat di dewan sekolah. Majlis ini berlangsung pada pukul 10.45 pagi iaitu selepas rehat tahap 2.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Suhaimi. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Penolong Kanan 1, En. Yusuf bin Taib. Seterusnya majlis diserikan lagi dengan persembahan nasyid dari pelajar perempuan Tahun 5 Nilam.

Kemuncak majlis ini adalah penyampaian hadiah bagi para pemenang pertandingan yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ini antaranya pertandingan hafazan, kuiz, teka silang kata, azan dan ejaan jawi. Hadiah disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Penolong Kanan 1 dan Penolong Kanan Ko-kurikulum. Tuan Guru Besar juga dengan berbesar hati menyampaikan baju raya kepada murid-murid yang layak. Majlis juga dimeriahkan lagi dengan adanya cabutan bertuah untuk para pelajar.

Majlis berakhir pada jam 12 tengahari dengan budaya tutup sekolah.


Penolong Kanan Ko-kurikulum memberikan hadiah kepada pemenang pertandingan


Persembahan Nasyid dari pelajar perempuan Tahun 5 Nilam


Tuan Guru Besar menyanpaikan baju raya kepada pelajar

01 September 2010

Program Sambutan Bulan Kemerdekaan

30 Ogos 2010 yang lalu, SKBP telah mengadakan Program Sambutan Hari Kemerdekaan. Tema pada tahun ini "Satu Malaysia Menjana Transformasi"

Pada waktu pagi, majlis diadakan di tapak perhimpunan dengan bacaan perutusan kemerdekaan, ceramah kemerdekaan oleh Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Saad, nyanyian lagu-lagu patriotik dan laungan kemerdekaan oleh Tn. Md. Fairuz.

Pada jam 11 pagi, majlis diteruskan bertempat di dewan sekolah. Tayangan video kemerdekaan disajikan buat anak-anak SKBP. Seterusnya majlis diserikan lagi dengan pertandingan mewarna dan melukis poster serta persembahan nyanyian lagu patriotik dari setiap kelas.



Laungan Kemerdekaan Penuh bersemangat


Tayangan video kemerdekaan di dalam dewan









Persembahan Nyanyian Lagu Patriotik Dari Anak-anak SKBP

Header 468x60 Ads

Header 468x60 Ads