Jamuan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2010 diadakan pada 25 September 2010, pada hari Sabtu yang lalu. Jamuan ini bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tgh. Majlis jamuan kali ini diadakan di perkarangan sekolah.
Bermula seawal pukul 7.45 pagi sehingga pukul 9.00 pagi, semua murid dan guru berkumpul di dewan untuk Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2010. Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Guru Besar, En Ahmad Azmi bin Yahaya. Seterusnya pemberian hadiah kepada pemenang pertandingan sempena kemerdekaan yang lalu.
Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan persembahan murid-murid sempena Jamuan Hari Raya Aidilfitri. Pada jam 10 pagi, guru dan murid-murid bagi setiap kelas membuat persiapan kiosk/gerai jamuan yang diadakan di tempat letak kereta guru. Setiap kiosk dipenuhi dengan juadah hari raya dan kuih muih yang dibawa dari rumah. Kiosk ini diadakan bagi menggarap budaya rumah terbuka dikalangan warga sekolah.
No comments:
Post a Comment