20 July 2010

Program Titian Jaya

Pada 27 Jun 2010 hari Ahad, pihak sekolah telah mengadakan satu program yang dinamakan Program Titian Jaya. Program ini dibahagikan kepada 3 sesi iaitu sesi pertama Majlis Penyampaian Hadiah, sesi kedua pula Ceramah Motivasi Waris Tahun 6 Bersama Pelajar dan sesi yang terakhir Majlis Menandatangani Buku Rekod Pelajar.

Majlis Penyampaian Hadiah bermula pada pukul 7.45 pagi sehingga 8.45 pagi. Hadiah- hadiah disampaikan oleh barisan Penolong Kanan Sekolah dan Guru Besar kepada para pelajar yang lulus cemerlang dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun yang telah diadakan baru-baru ini. Selain itu, pelajar-pelajar tahun 6 yang berjaya mendapat A turut menerima Hadiah Ransangan daripada pihak sekolah.Murid-murid tahun 6 menerima hadiah ini berdasarkan bilangan A yang diperoleh.



Program Titian Jaya ini diteruskan lagi dengan sesi kedua iaitu Ceramah Motivasi untuk waris bersama pelajar tahun 6. Ceramah ini diadakan di Dewan Mesra, SK Batu Pekaka. Ceramah telah disampaikan oleh Kaunselor dari Kolej Komuniti Sg. Petani, En. Zaidi bin Haji Fadzil. Majlis ini bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Sesi terakhir pula diadakan Majlis Menandatangani Buku Rekod Pelajar. Majlis ini berlangsung di kelas masing-masing. Majlis bermula pada jam 11.00 pagi dan berakir pada jam 12.00 tengahari.

Header 468x60 Ads

Header 468x60 Ads