11 March 2011

SELAMAT BERCUTI

Pihak sekolah mengucapkan SELAMAT BERCUTI kepada pelajar-pelajar SK Batu Pekaka.Manfaat cuti anda dengan perkara yang berfaedah .

TAHNIAH KEPADA PASUKAN KRIKET

Tahniah untuk Pasukan Kriket SK Batu Pekaka (mewakili Daerah Baling/Sik) kerana telah berjaya mendapat tempat ke tiga dalam Pertandingan Kriket Peringkat Negeri Kedah Darul Aman.





MAJLIS QIAMULLAI BERSAMA IMAM MUDA

Pada 24 febuari hingga 25 febuari 2011 Sekolah Kebangsaan Batu Pekaka telah mengadakan Majlis Qiamullai .Majlis ini diadakan di Masjid Pantai chichak .Majlis ini diadakan kepada pelajar tahap dua.Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta imam muda iaitu saudara Khairul Azhar B Ghazali kerana sudi memberi ceramah dan pengajaran kepada pelajar -pelajar Sekolah Kebangsaan Batu Pekaka.







MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

Pada 10 November 2011 Sekolah Kebangsaan Batu Pekaka telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang .Majlis ini diadakan bagi meraikan kejayaan pelajar yang berjaya didalam bidang akademik dan ko-kurikulum.Tuan guru besar sudi menyampaikan sijil dan hadiah kepada pelajar yang berjaya.

Tuan Guru Besar menyampaikan ucapan

Jemputan VIP



Tuan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pelajar yang berjaya


Guru dan pelajar prasekolah


Waris pelajar

10 October 2010

Lawatan Penanda Aras ke Sk Datin Khadijah

Satu lawatan telah diadakan ke SK Datin Khadijah.




Di hadapan pintu masuk SK Datin Khadijah


Ketika baru mula-mula sampai


Ucapan dari Guru Besar SK Batu Pekaka dan pembentangan slaid SK Datin Khadijah


Pemberian cenderahati


Bergambar bersama kakitangan dan Guru Besar SK Datin Khadijah


Cikgu Dali mencuba membuat labu sayong



Bergambar kenang-kenangan di tempat membuat labu sayong

09 October 2010

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2010

Jamuan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2010 diadakan pada 25 September 2010, pada hari Sabtu yang lalu. Jamuan ini bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tgh. Majlis jamuan kali ini diadakan di perkarangan sekolah.

Bermula seawal pukul 7.45 pagi sehingga pukul 9.00 pagi, semua murid dan guru berkumpul di dewan untuk Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2010. Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Guru Besar, En Ahmad Azmi bin Yahaya. Seterusnya pemberian hadiah kepada pemenang pertandingan sempena kemerdekaan yang lalu.

Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan persembahan murid-murid sempena Jamuan Hari Raya Aidilfitri. Pada jam 10 pagi, guru dan murid-murid bagi setiap kelas membuat persiapan kiosk/gerai jamuan yang diadakan di tempat letak kereta guru. Setiap kiosk dipenuhi dengan juadah hari raya dan kuih muih yang dibawa dari rumah. Kiosk ini diadakan bagi menggarap budaya rumah terbuka dikalangan warga sekolah.








21 September 2010

Semoga Berjaya

Semoga berjaya!!!
Khas buat pelajar-pelajar tahun enam yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)bermula hari ini 21 September 2010 sehingga 23 September 2010.

Doa dan restu semua guru-guru sentiasa bersama kamu...amin

06 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Seluruh warga Sk Batu Pekaka mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" kepada semua umat Islam di mana jua anda berada terutamnya pada semua bekas murid, bekas guru dan kakitangan sokongan yang pernah bersama2 di SKBP.

Maaf Zahir & Batin.

Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan

Pada 2 September 2010, hari Khamis, SKBP telah mengadakan majlis penutupan Ihya' Ramadhan bertempat di dewan sekolah. Majlis ini berlangsung pada pukul 10.45 pagi iaitu selepas rehat tahap 2.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Suhaimi. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Penolong Kanan 1, En. Yusuf bin Taib. Seterusnya majlis diserikan lagi dengan persembahan nasyid dari pelajar perempuan Tahun 5 Nilam.

Kemuncak majlis ini adalah penyampaian hadiah bagi para pemenang pertandingan yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ini antaranya pertandingan hafazan, kuiz, teka silang kata, azan dan ejaan jawi. Hadiah disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Penolong Kanan 1 dan Penolong Kanan Ko-kurikulum. Tuan Guru Besar juga dengan berbesar hati menyampaikan baju raya kepada murid-murid yang layak. Majlis juga dimeriahkan lagi dengan adanya cabutan bertuah untuk para pelajar.

Majlis berakhir pada jam 12 tengahari dengan budaya tutup sekolah.


Penolong Kanan Ko-kurikulum memberikan hadiah kepada pemenang pertandingan


Persembahan Nasyid dari pelajar perempuan Tahun 5 Nilam


Tuan Guru Besar menyanpaikan baju raya kepada pelajar

01 September 2010

Program Sambutan Bulan Kemerdekaan

30 Ogos 2010 yang lalu, SKBP telah mengadakan Program Sambutan Hari Kemerdekaan. Tema pada tahun ini "Satu Malaysia Menjana Transformasi"

Pada waktu pagi, majlis diadakan di tapak perhimpunan dengan bacaan perutusan kemerdekaan, ceramah kemerdekaan oleh Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Saad, nyanyian lagu-lagu patriotik dan laungan kemerdekaan oleh Tn. Md. Fairuz.

Pada jam 11 pagi, majlis diteruskan bertempat di dewan sekolah. Tayangan video kemerdekaan disajikan buat anak-anak SKBP. Seterusnya majlis diserikan lagi dengan pertandingan mewarna dan melukis poster serta persembahan nyanyian lagu patriotik dari setiap kelas.



Laungan Kemerdekaan Penuh bersemangat


Tayangan video kemerdekaan di dalam dewan









Persembahan Nyanyian Lagu Patriotik Dari Anak-anak SKBP

Header 468x60 Ads

Header 468x60 Ads