Pada 28 april 2011 hari khamis,SKBP telah mengadakan latihan kebakaran .Latihan kebakaran adalah bertujuan untuk memberi latihan kepada warga sekolah tentang laluan yang betul apabila berlaku kebakaran sebenar.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pihak sekolah menyeru tuan-tuan dan puan-puan bersama-sama menjayakan kempen tersebut.Tujuan kempen ini adalah untuk memperbanyakkan bahan bacaan tambahan murid .Buku -buku ini akan ditempatkan di pondok-pondok bacaan. Murid-murid boleh mengisi waktu senggang mereka dengan aktiviti membaca .Pihak sekolah berharap aktiviti membaca ini akan berterusan hingga mengwujudkan budaya membaca di kalangan murid-murid.
23 MAC 2011,telah mengadakan ceramah tentang anti dadah di Dewan Mesra ,SKBP.Ceramah itu disampaikan oleh pegawai dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan Baling.