24 May 2010

Pertukaran Guru Besar



Tanggal 20 Mei 2010 merupakan hari terakhir bagi En. Zulkiflee b Ahmad sebagai guru besar di Sek. Keb Batu Pekaka. Selama beliau berada di sekolah ini, seluruh warga sekolah berasa amat selesa dengan kepimpinan dan kreadibiliti beliau.

En. Zulkiflee bin Ahmad telah bertukar ke sekolah lain, namun di hati seluruh warga sekolah segala nasihat dan tunjuk ajar cikgu sentiasa terpahat dalam ingatan. Terima kasih buat Cikgu Zulkiflee kerana sudi mengembleng tenaga bersama-sama guru-guru, staf dan murid-murid SK Batu Pekaka ini. Kami akan merindui nasihat dan tazkirah cikgu.

Sempena dengan pertukaran beliau, warga SK Batu Pekaka telah menganjurkan sebuah majlis perpisahan yang bertempat di dewan sekolah bermula pada pukul 12. semoga kami sentiasa berada dalam ingatan cikgu.

22 May 2010

Sambutan Hari Guru

16 Mei bagi setiap tahun merupakan hari yang amat bermakna buat insan yang bergelar guru. arikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu ketika itu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. Tema guru pada tahun ini adalah “Guru Pembina Negara Bangsa”.

Warga SK Batu Pekaka menyambut hari guru dengan begitu meriah sekali. Bermula dengan aktiviti perhimpunan pagi, guru besar telah membacakan perutusan disusuli dengan lafaz ikrar semua guru.Aktiviti diteruskan lagi dengan acara permainan pasukan guru melawan pasukan pelajar dalam dua acara iaitu bola sepak dan bola jaring. Tahniah buat pasukan guru kerana mengungguli kedua2-dua permainan. Bagi acara bola sepak, pasukan guru menang dengan mata sebanyak 3-2. Manakala bagi acara bola jaring pula, pasukan guru meninggalkan pasukan pelajar jauh ke belakang dengan mata sebanyak 12-0.

Setelah itu, aktiviti sambutan hari guru diteruskan lagi dengan nyanyian lagu "Guru Malaysia" dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Para pelajar juga tidak ketinggallan dalam membuat beberapa persembahan yang dapat mencuit dan menyentuh hati para guru.





Aktiviti Merentas Desa & Big Walk





Pada 24 April 2010, sekolah telah mengadakan aktiviti Merentas Desa. Aktiviti ini diadakan bermula pada pukul 8 pagi. Semua pelajar dari tahun satu sehingga tahun enam, disertai dengan pelajar Pendidikan Khas dan pelajar pra sekolah terlibat dalam menjayakan aktiviti merentas desa ini.

Acara perlepasan disempurnakan oleh Penolong Kanan 1, En. Yusof Taib. Para pelajar dilepaskan dihadapan pintu pagar sekolah. Aktiviti merentas desa ini terbahagi kepada dua kategori iaitu tahap satu dan tahap dua. Upacara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Guru Besar Sek. Keb. Batu Pekaka, En. Zulkiflee b Ahmad. Tahniah buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti merentas desa peringkat sekolah bagi tahun 2010 ini.

19 May 2010

Kejohanan Olahraga




Pada 14 April 2010 hari Rabu, sekolah telah mengadakan hari kejohanan olahraga kali ke 33. Kejohanan bermula pada waktu pagi dan berakhir pada waktu petang. Kejohanan ini dirasmikan oleh Yang DiPertua PIBG En. Ismail Darus.

Pasukan dari rumah kuning atau Temenggung menjuarai kejohanan tahun ini dengan pungutan mata sebanyak 241 meninggalkan pasukan lain jauh ke belakang. Tempat kedua dimenangi oleh pasukan dari rumah biru atau Laksamana dengan pungutan mata sebanyak 213.Tempat ketiga pula disandang oleh rumah hijau atau Shahbandar dengan memperoleh mata sebanyak 207. Tempat yang terakhir adalah rumah merah atau Bendahara dengan mata pungutan sebanyak 193. Tahniah pada pasukan yang berjaya. Bagi yang tidak berjaya, jangan putus asa. Cuba dengan lebih gigih lagi tahun hadapan.

Olahragawan sekolah disandang oleh Muhammad Nazarul Ekmal b. Saidon dengan memperoleh 3 emas dan 1 perak. Manakala olahragawati sekolah pula dimenangi oleh Nor Syafiqah Hidayah Maulad Osman dengan memperoleh 3 emas. Segulung tahniah buat mereka yang berjaya. Kejohanan kali ini bertambah meriah dengan kehadian para waris dan orang ramai.

Olahragawan sekolah: Muhammad Nazarul Ekmal b. Saidon

Olahragawati sekolah: Nor Syafiqah Hidayah Maulad Osman

Header 468x60 Ads

Header 468x60 Ads